Thursday, September 16, 2010

RENCANA TERBAIK DARI TUHAN - Anugerah Tuhan

Tuhan memberikan hikmat dan karunia kepada semua manusia untuk memuji dan menyembah Dia. setiap manusia pasti ada bakat masing-masingkan?...
Apakah kita berjalan ke jalan yang telah digenapi oleh Dia kepada kita?atau kita masih nak berseronok lagi di dalam dunia ini kerana melihat dunia yang aman dalam hidup?...atau sekadar biarkan hidup ini 24 jam berlalu dalam kehidupan?...melakukan dosa setiap waktu...tak pernah berhenti melakukannya...seronok buat dosa beranggapan akan bertobat selepas tu. Kalau Tuhan datang sekarang?apakah kita telah menyiapkan diri kita untuk diangkat olehNya kita ke Syurga?...saya pernah melihat seorang kawan saya hebat dia bermain muzik tetapi sikap ke-ego-annnya membuatkan diri dia lupa siapa yang memberikan bakat itu kepada dia..bukan sekadar kreativiti muzik tetapi dalam bentuk DESIGN atau LUKISAN juga boleh memuliakan nama Tuhan. seperti contoh Hillsong...saya suka melihat designed pada screen concert setiapkali mereka membuat concert...tetapi siapa yang membuatnya?...pasti diri kita yang mahir dalam lukisan dan design...mahupun dalam bidang tarian...pengendali Screen, Pengendali P.A. Systems, Pengendali Muzik mahupun Technician dalam mengatur alat-alat muzik,penjaga masa,serta pengangkutan..jangan lupa juga MEREKA YANG MEMADAM LAMPU GEREJA...itu juga satu tugasan...

Tetapi yang paling penting disini ialah kerjasama...kesatuan kita bersama sahabat yang kita ada sekarang. Anggaplah diri mereka akan mendapat pekerjaan yang bukan di tempat kita,semestinya mereka takkan melayani lagi di dalam gereja kita, apakah kamu mau membazir masa hidupmu membiarkan mereka saja melayani?...tetapi saya melihat kawan kita pasti akan gembira jikalau kita turut serta juga dalam pelayanan bersama Tuhan. Saya berapakali jauh dari rakan-rakan saya yang bersama saya sekarang.


Tetapi saya sedar perkara itu...kalau kamu lemah,mereka juga lemah. Kalau kamu kuat,mereka juga turut kuat bersama kamu dengan Seiring,sekata,sefikir,sehati dan sejiwa bersama sahabat-sahabatmu...pasti pelayanan akan menjadi indah dan penuh berkat. Saya mula peluk sahabat-sahabat saya. saya selalu membiarkan mereka dan saya mau mereka terus bersama saya sampai ke akhirnya...dan saya berdoa kepada Tuhan agar mereka semua takkan hilang lagi dari saya. saya merindui melayani lagi bersama sahabat-sahabat saya...sehingga mereka bukan saja menjadi sahabat saya...malah menjadi teman dan dah seperti keluarga saya sendiri. Saya menyayangi mereka sama seperti saya menyayangi diri saya juga...Tuhan Yesus melakukan perkara sama. sebab
KASIH itu SENTIASA ADA DI DALAM HIDUP KITA CUMA KITA SELALU MEMBIARKANNYA...jadi jangan biarkan sahabatmu hilang juga...Mereka sangat bererti dalam kehidupan kita...


Setiap posisi kita dalam pelayanan Praise and Worship (P&W) sangat bererti. Semuanya amat penting. Tiada yang terkecuali sebab semuanya adalah sama di mata Tuhan walaupun ianya adalah pelayanan kecil sahaja. Bukan saja dalam pelayanan Muzik tetapi Pelayanan-pelayanan yang lain juga seperti Hospitaliti yang menguruskan tetamu yang datang mahupun Logistik yang mengurus kemudahan dan alat-alat dalam gereja. Bukan itu sahaja, malah dalam pelayanan kecil seperti Pelayanan kebersihan dan pelayanan dalam susun kerusi...Sebab dari pelayanan kecil,jika kita setia melakukannya,Tuhan akan memberikan kita pelayanan yang lebih besar lagi...Semuanya memuliakan nama Tuhan! Amen!


Di dalam gereja saya, saya berperanan di dalam posisi Backup Singer (Penyanyi Latar). Dan semestinya saya akan memberi yang terbaik untuk Tuhan di dalam suara saya. Setiap alunan yang saya hasilkan dan suara yang saya bisa kawal itulah yang saya berikan. Tuhan tak lihat bagaimana kamu menyembah Dia tetapi Tuhan lihat hati kita. Apabila kita menyembah Tuhan di dalam Roh dan Kebenaran dengan terbaik apa yang adanya diri kita,itulah ertinya menyembah Tuhan dengan sungguh-sungguh....dengan kerendahan hati dan setia dalam pelayanannya....Kita hidup di dunia ini untuk memuji dan menyembah Dia....Lakukan yang terbaik yah! janganlah sesekali kecewa kalau orang menegur nyanyian anda buruk ke atau muzik anda selalu lari kod bunyinya,jadi...teruskan lagi usahamu sampai kamu mendapatkannya....sebab biasanya kritikan atau teguran mengajar kita untuk lebih maju lagi dan membentuk kita dalam satu step kehadapan dan kita dah tahu kelemahan kita maka kita perbaikinya....ok :-) Ingat! Tuhan lihat manusia melalui hati mereka menyembah Dia bukannya hebatnya diri mereka...orang yang merendahkan hati adalah lebih baik dari orang yang hebat suaranya sebab Tuhan mahu hati manusia yang taat dan rendahkan diri....pasti Tuhan akan mengangkat manusia itu lebih tinggi malah nyanyian orang itu pasti akan lebih baik daripada sesiapa pun sebab suaranya dah diiringi urapan Tuhan dalam Roh dan Kebensaran....amen! jangan pernah lemah ya....teruskan usahamu dalam pelayanan Tuhan....











2 comments: