Tuesday, September 21, 2010

Soulcatchez Concert With Praise Valley Team

Konsert Soulcatchez dengan jayanya telah selesai dengan luar biasa....bersama-sama dengan kami melalui pujian dan penyembahan yang deras dan luar biasa! Tujuannya untuk mengeratkan hubungan antara kami dengan gereja di luar melalui band ini yang mempunyai 6 ahli dalam Soulcatchez yang merupakan dari setiap dominasi yang berbeza seperti SIB, Covenant Fellowship Church, Baptist dan sebagainya. Ahli Soulcatchez terdiri 6 orang :- Steven Barca (Vokal), Maxwell (Lead Guitar/Guitar), Denny Chieng (Guitar), Irwin Joe (Bass),  Mike Philip (Drum) and Gideon (Keyboard)...masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam band tersebut. Konsert ini juga bertujuan untuk mempromosikan album baru mereka dengan terdapat 3 lagu yang baru yang sangat-sangat menyentuh jiwa anak-anak muda zaman ini.

Konsert ini berlangsung dari pukul 8.00pm sampai 11.00pm...di mana Opening acara ini dibawa oleh Praise Valley Band dahulu dengan hanya dua buah lagu saja. Lagu Sukacita Bergelora (versi J-Rock) dan Hosanna (True Worshippers) yang diketuai oleh Souisa Ding (worship leader),backup singers - Loviana Ai, Andy Chung dan Gloria Gelawat. Pemain muzik - Clarence Padan (Lead Guitar/Guitar), Freddie Daneil (Bass), Larry Sakai Geriso (Drum), Timothy Tadam (Keyboard) dan Ponisah Sabod (Acoustic Guitar). Segala yang terjadi sangatlah luar biasa....dan selepas itu,Soulcatchez mengambil bahagian mereka untuk menghangatkan lagi keadaan pada malam itu. Banyak jemaat yang datang dari setiap dominasi gereja...yang saya tahu cuma Latter Rain Church (LRC), St.Faith Church, Christ Baptist Church (CBC), Covenant Fellowship Church, SIB Satria Jaya Iban, SIB Ebenaezar dan banyak lagi....

Konsert ini juga diiringi dengan Firman Tuhan oleh Pastor Ambrose Liap dari SIB Satria Jaya Iban. Firman yang berkaitan dengan perubahan dunia yang diikat oleh iblis (Berjaga-jagalah anak-anak muda sebab iblis bagaikan singa yang mengaum-ngaum)....dan konsert ini dibawa oleh Soulcatchez dengan mempersembahkan lagu baru mereka. Akhirnya diakhiri oleh doa penutup oleh Pastor Ambrose Liap.

No comments:

Post a Comment