Tuesday, September 21, 2010

Soulcatchez Concert With Praise Valley Team

Konsert Soulcatchez dengan jayanya telah selesai dengan luar biasa....bersama-sama dengan kami melalui pujian dan penyembahan yang deras dan luar biasa! Tujuannya untuk mengeratkan hubungan antara kami dengan gereja di luar melalui band ini yang mempunyai 6 ahli dalam Soulcatchez yang merupakan dari setiap dominasi yang berbeza seperti SIB, Covenant Fellowship Church, Baptist dan sebagainya. Ahli Soulcatchez terdiri 6 orang :- Steven Barca (Vokal), Maxwell (Lead Guitar/Guitar), Denny Chieng (Guitar), Irwin Joe (Bass),  Mike Philip (Drum) and Gideon (Keyboard)...masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam band tersebut. Konsert ini juga bertujuan untuk mempromosikan album baru mereka dengan terdapat 3 lagu yang baru yang sangat-sangat menyentuh jiwa anak-anak muda zaman ini.

Konsert ini berlangsung dari pukul 8.00pm sampai 11.00pm...di mana Opening acara ini dibawa oleh Praise Valley Band dahulu dengan hanya dua buah lagu saja. Lagu Sukacita Bergelora (versi J-Rock) dan Hosanna (True Worshippers) yang diketuai oleh Souisa Ding (worship leader),backup singers - Loviana Ai, Andy Chung dan Gloria Gelawat. Pemain muzik - Clarence Padan (Lead Guitar/Guitar), Freddie Daneil (Bass), Larry Sakai Geriso (Drum), Timothy Tadam (Keyboard) dan Ponisah Sabod (Acoustic Guitar). Segala yang terjadi sangatlah luar biasa....dan selepas itu,Soulcatchez mengambil bahagian mereka untuk menghangatkan lagi keadaan pada malam itu. Banyak jemaat yang datang dari setiap dominasi gereja...yang saya tahu cuma Latter Rain Church (LRC), St.Faith Church, Christ Baptist Church (CBC), Covenant Fellowship Church, SIB Satria Jaya Iban, SIB Ebenaezar dan banyak lagi....

Konsert ini juga diiringi dengan Firman Tuhan oleh Pastor Ambrose Liap dari SIB Satria Jaya Iban. Firman yang berkaitan dengan perubahan dunia yang diikat oleh iblis (Berjaga-jagalah anak-anak muda sebab iblis bagaikan singa yang mengaum-ngaum)....dan konsert ini dibawa oleh Soulcatchez dengan mempersembahkan lagu baru mereka. Akhirnya diakhiri oleh doa penutup oleh Pastor Ambrose Liap.

Friday, September 17, 2010

Welcoming and Talent Day "TALENTA"

Shalom buat saudara-saudari dalam Kristus,selagi lagi saya ingin mengucapkan terima kasih sebab sempat melawat di dalam blog saya yang tak seberapa ini namun Saya percaya Kasih Tuhan membuat kita bertemu lagi. Amen! Saya ingin mengongsikan mengenai apa yang saya alami ketika di dalam Hari Talenta ini merupakan satu kejayaan yang baik dan luar biasa! Wow! (tema sorakan TALENTA) hihihihii....:-P Saya sangat terkilan apabila melihat banyak anak-anak muda mahupun veteran-veteran (dewasa) yang hadir...lebih dari 400 orang dan ianya sangat luar biasa sebab dengan tempat yang agak sempit di tempat kami lakukannya di ACS Second Hall ini menjadikan manusia yang hadir hebat-hebat dan fantastik! Sangat riuh dan sempit...sampai aircon pun tak mampu menyejukkan kami yang sempit di dalam dewan tersebut. Sememangnya ianya mantap dan BEST BANGET!!!

Semasa para tetamu datang,saya terkejut juga melihat ramai mereka dari setiap IPT dan sekolah yang hadir. Mereka daftar kedatangan mereka pada Unit pendaftaran kami di depan kaunter sebelum masuk ke dewan dan kami juga ada mengadakan Celebrity Wall bagi tujuan memperingati mereka yang datang dan menjadi kenangan buat kami untuk mengenal mereka dengan lebih dalam lagi. Di mana yang orang yang mengurus photography ini ialah Glen Andrew dengan krew-krewnya untuk memastikan Celebrity Wall ini berjaya untuk menyempurnakan acara kami dalam TALENTA ini. Memang banyak IPT-IPT mahupun sekolah-sekolah yang hadir seperti IKM, PLPB (Belia), Kolej Abdillah, UNITAR, UITM, UNIMAS, Politeknik Kuching, PTPL, Twintech dan banyak lagi mereka yang tak sempat saya sebutkan....

Semasa acara ini dijalankan, Opening yang sangat mantap dengan adanya Countdown dengan muzik yang serba hebat! Wow! Sekeliling yang digelapkan....dengan cahaya warna-warni berseri....indahnya! Muzik dari Praise Valley Band yang luar biasa membuatkan sekeliling bergerak! sehingga ada yang berdiri di atas kerusi lagi...huhu....sampai saya boleh lihat mereka semua bersempit-sempit....dan mereka melompat dan menari dengan adanya gaya mereka sendiri..hahahaa! (tak tahu gaya apalah....:-P) Lagunya Namanya Yesus banyak membuat anak-anak muda ikut apabila saya melihat mereka melompat sekuat hati mereka dengan klimaks lagunya....seiring itu lagu Hati Hamba yang menyentuh hati setiap orang yang hadir banyak memberi makna dalam kehidupan peribadi....

Dan beberapa kata-kata semangat dari Pastor Oda Ato yang memberi dorongan kepada anak-anak muda untuk terus maju dan bergerak! Ada makan tengahari juga...sebab acara ni dari pukul 9.00am mula sampai 3.00pm....6 jam kok....hihi....makanan yang enak-enak dan yang mengejutkan ialah sampai tak cukup makanan pun ada....huhu.....sampai ada antara kami terpaksa beli tapau di luar untuk mereka yang tak sempat ambil makanan...huhu....Bravo guys!!! kamu orang cukup hebat kerana menghulurkan tenaga membeli makanan lagi....semasa itu, acara mulai dengan GAMES dan persembahan-persembahan dari setiap IPT-IPT dan sekolah-sekolah.....it So Amazing!!!!! dalam lakonan, nyanyian koir, tarian breakdance.....banyak bakat anak-anak muda zaman kini.....

Sejurus itu, pengakhirannya dengan Celebration oleh Praise Valley Band sekali lagi dengan nyanyian Raja Pemenang dan Sukacita Bergelora yang hebat! ada alunan ombak dari manusia-manusia yang hadir dengan kerjasama mereka yang lucu-lucu dan luar biasa....lompatan yang tinggi menampakkan semangat mereka yang tak pernah pudar di dalam Tuhan....Dan selepas itu Doa penutupan oleh Penatua Anthony Antong,ketua gereja SIB Praise Valley mengucapkan terima kasih dan syukur kepada yang datang dan harap kita bertemu lagi pada masa hadapan dalam TALENTA 2011....doakan kami k....sebab selepas ini, tempatnya lebih luas lagi dan pasti akan lebih mantap lagi! dan kita akan ingin mencapai lebih seribu orang yang datang....amen! Tuhan memberkati! See u all! Love u anak-anak Tuhan! WOW!!!! <3












Thursday, September 16, 2010

RENCANA TERBAIK DARI TUHAN - Anugerah Tuhan

Tuhan memberikan hikmat dan karunia kepada semua manusia untuk memuji dan menyembah Dia. setiap manusia pasti ada bakat masing-masingkan?...
Apakah kita berjalan ke jalan yang telah digenapi oleh Dia kepada kita?atau kita masih nak berseronok lagi di dalam dunia ini kerana melihat dunia yang aman dalam hidup?...atau sekadar biarkan hidup ini 24 jam berlalu dalam kehidupan?...melakukan dosa setiap waktu...tak pernah berhenti melakukannya...seronok buat dosa beranggapan akan bertobat selepas tu. Kalau Tuhan datang sekarang?apakah kita telah menyiapkan diri kita untuk diangkat olehNya kita ke Syurga?...saya pernah melihat seorang kawan saya hebat dia bermain muzik tetapi sikap ke-ego-annnya membuatkan diri dia lupa siapa yang memberikan bakat itu kepada dia..bukan sekadar kreativiti muzik tetapi dalam bentuk DESIGN atau LUKISAN juga boleh memuliakan nama Tuhan. seperti contoh Hillsong...saya suka melihat designed pada screen concert setiapkali mereka membuat concert...tetapi siapa yang membuatnya?...pasti diri kita yang mahir dalam lukisan dan design...mahupun dalam bidang tarian...pengendali Screen, Pengendali P.A. Systems, Pengendali Muzik mahupun Technician dalam mengatur alat-alat muzik,penjaga masa,serta pengangkutan..jangan lupa juga MEREKA YANG MEMADAM LAMPU GEREJA...itu juga satu tugasan...

Tetapi yang paling penting disini ialah kerjasama...kesatuan kita bersama sahabat yang kita ada sekarang. Anggaplah diri mereka akan mendapat pekerjaan yang bukan di tempat kita,semestinya mereka takkan melayani lagi di dalam gereja kita, apakah kamu mau membazir masa hidupmu membiarkan mereka saja melayani?...tetapi saya melihat kawan kita pasti akan gembira jikalau kita turut serta juga dalam pelayanan bersama Tuhan. Saya berapakali jauh dari rakan-rakan saya yang bersama saya sekarang.


Tetapi saya sedar perkara itu...kalau kamu lemah,mereka juga lemah. Kalau kamu kuat,mereka juga turut kuat bersama kamu dengan Seiring,sekata,sefikir,sehati dan sejiwa bersama sahabat-sahabatmu...pasti pelayanan akan menjadi indah dan penuh berkat. Saya mula peluk sahabat-sahabat saya. saya selalu membiarkan mereka dan saya mau mereka terus bersama saya sampai ke akhirnya...dan saya berdoa kepada Tuhan agar mereka semua takkan hilang lagi dari saya. saya merindui melayani lagi bersama sahabat-sahabat saya...sehingga mereka bukan saja menjadi sahabat saya...malah menjadi teman dan dah seperti keluarga saya sendiri. Saya menyayangi mereka sama seperti saya menyayangi diri saya juga...Tuhan Yesus melakukan perkara sama. sebab
KASIH itu SENTIASA ADA DI DALAM HIDUP KITA CUMA KITA SELALU MEMBIARKANNYA...jadi jangan biarkan sahabatmu hilang juga...Mereka sangat bererti dalam kehidupan kita...


Setiap posisi kita dalam pelayanan Praise and Worship (P&W) sangat bererti. Semuanya amat penting. Tiada yang terkecuali sebab semuanya adalah sama di mata Tuhan walaupun ianya adalah pelayanan kecil sahaja. Bukan saja dalam pelayanan Muzik tetapi Pelayanan-pelayanan yang lain juga seperti Hospitaliti yang menguruskan tetamu yang datang mahupun Logistik yang mengurus kemudahan dan alat-alat dalam gereja. Bukan itu sahaja, malah dalam pelayanan kecil seperti Pelayanan kebersihan dan pelayanan dalam susun kerusi...Sebab dari pelayanan kecil,jika kita setia melakukannya,Tuhan akan memberikan kita pelayanan yang lebih besar lagi...Semuanya memuliakan nama Tuhan! Amen!


Di dalam gereja saya, saya berperanan di dalam posisi Backup Singer (Penyanyi Latar). Dan semestinya saya akan memberi yang terbaik untuk Tuhan di dalam suara saya. Setiap alunan yang saya hasilkan dan suara yang saya bisa kawal itulah yang saya berikan. Tuhan tak lihat bagaimana kamu menyembah Dia tetapi Tuhan lihat hati kita. Apabila kita menyembah Tuhan di dalam Roh dan Kebenaran dengan terbaik apa yang adanya diri kita,itulah ertinya menyembah Tuhan dengan sungguh-sungguh....dengan kerendahan hati dan setia dalam pelayanannya....Kita hidup di dunia ini untuk memuji dan menyembah Dia....Lakukan yang terbaik yah! janganlah sesekali kecewa kalau orang menegur nyanyian anda buruk ke atau muzik anda selalu lari kod bunyinya,jadi...teruskan lagi usahamu sampai kamu mendapatkannya....sebab biasanya kritikan atau teguran mengajar kita untuk lebih maju lagi dan membentuk kita dalam satu step kehadapan dan kita dah tahu kelemahan kita maka kita perbaikinya....ok :-) Ingat! Tuhan lihat manusia melalui hati mereka menyembah Dia bukannya hebatnya diri mereka...orang yang merendahkan hati adalah lebih baik dari orang yang hebat suaranya sebab Tuhan mahu hati manusia yang taat dan rendahkan diri....pasti Tuhan akan mengangkat manusia itu lebih tinggi malah nyanyian orang itu pasti akan lebih baik daripada sesiapa pun sebab suaranya dah diiringi urapan Tuhan dalam Roh dan Kebensaran....amen! jangan pernah lemah ya....teruskan usahamu dalam pelayanan Tuhan....